Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
INFO ~ S.M.K Bentong juga di Kenali sebagai S.M. Benus satu ketika dulu. Berada di pinggir bandar Bentong dan berada di kawasan perumahan Taman Bukit Piatu dan Taman Muhibbah Benus.
Wednesday, September 27, 2006
Thursday, September 14, 2006
Riang Ria

Gambar di Taman Pertanian Kuantan pada Tahun 1993. Form 1 hingga Form 3. Cuba focus kepada cermin mata masing² punyerlah besar... lagi cun kalau letak viper kat cermin mata tu... lagi cun...
Berdiri Dari kiri : Hafiz, Mohaizam, Shazwan, Mey, Adie, Azhar, Rizal, Zul, Blakang Tiang tak ingat nama dia..
Duduk Dari Kiri : Fazrin, Aiza, Hafiz, Faizi, Imah & Iya awek Mey... diulang awek Mey...diulang lagi awek Mey heheheh...
Kelas 5 Sains 1996

Cikgu² kesayangan.. Cikgu Kama (Q=K) yang mengajar Fizik, Dan Cikgu Kamsuri ajar English, Cikgu yang garang giler tapi berhati mulia... (Muka yang slalu kena denda duduk kat luar kelas Fizik dan English ... Adie & Izat) hahahahah padan muka.... manalah cikgu Kamsuri sekarang yek... pakai keta ford lagi ker hehehe
Dari Kiri Berdiri : Cikgu Kama, Tik, Rahimah, Nurul Aiza, Ridaryani, Faizal, Mazela, Kamaruzaman, Cikgu Kamsuri, Ezil Idzwan
Duduk Dari Kiri : Hafeez, Fakaruddin, Yohanes, Suhaimey, Junaidi & Rohaizat

Hitam Putih Kehidupan
Lihatlah sekeliling kita
Mengapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa
Yang rebah
Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu
Peruntukan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan
Tak daya mengawali diri
Lantaran menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman dimasa depan
Saper ingat lagu nih... dalam buku teks Tingkatan 2
Tuesday, September 12, 2006
Thursday, September 07, 2006
Wednesday, September 06, 2006
Tuesday, September 05, 2006

TRIBUTE TO ALLAHYARHAM SHUKOR
Nama : Mohd Shukor Bin Baharuddin
Telah Kembali ke rahmatullah pada 13 April 2000 jam 9.00 malam
Allahyarham telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Tinggi selepas beriadah di Hutan Lipur Lentang.. amanat terakhir beliau sehari sebelum pergi " Di.. aku ingat nak buat reunion lah.."
Gambar bawah
Atas kiri : Adie, Mey, G nal, Anes & Kama
Bawah kiri : Arwah, Faka & Ezil
....tgh study untuk SPM 96

Monday, September 04, 2006
Friday, September 01, 2006
Tingkatan 2 Putih 1993Dari kiri depan: Adie, Hasliman, Arwah Shukor & Rosnizam (Angah)
Dari kiri belakang: Mey, Arwah Rosmizan,Aznor, Sharin, Anes yang lain tak berapa ingat
Bengkel Kemahiran Hidup..Kelas Cikgu Mansur... aku ingat lagi masa ni kena buat rak buku... memang best... yang perempuan pulak kena menjahit kot....

Rombongan ke Melaka Tingkatan 2 Putih
Berdiri dari kiri : Illa, Junaidah, Yuslizana, Rafidah, Rozita, Liza, Junita, Afzan, Melly, Suzie, Juliana
Duduk dari kiri : Adie (aku), Faka, Anes, Mey, Arwah Shukor, Sharin, Rohazlin & Hasliman
Rombongan Ke Bandaraya bersejarah..Melaka... kenangan beb... Tahniah untuk Melly and Lin... sampai jugak ke jinjang pelamin...saper tahu rupa²nya korang kahwin.. anak pun dah dua..jodoh di tangan tuhan...tapi yang syoknya masa nih.. sumer nak jadik rappers... yang perempuannya nak jadi Feminin, yang laki pulak nak jadi 4u2c and Nico...haaa..haha..pakai seluar besar² dengan baju Chicago Bulls....hahah lawak²...






























